Friday, August 13, 2010

FiKiR TAPI jAnGaN KhUaTiRi~


SEMALAM......HARI INI....ESOK???


Kadang-kadang selalu terfikir tentang SEMALAM..HARI INI.....ESK?hurmmm why?


Madah pujangga :"Masa lalu adalah kelmarin yang telah mati...Masa depan adalah esok yang belum lahir....tetapi..selamatkanlah hari ini yang sedang hidup.."



Kata cerdik pandi pula : (>_^) "Beradalah di tempat kamu berada." maksudnya, jangan lari dari realiti..Usah absent minded. Hidup dan beradalah dalam hari ini..Jangan khuatiri hari esok. Jangan bimbangkan hari semalam...."



Rasullullah S.A.W perpesan :

" Jika kamu berpagi-pagi, jangan menunggu ke waktu petang.."


Baginda juga pernah bersabda, bahawa bila matanya terbuka, baginda rasa tidak yakin apakah sempat menutup matanya semula.Bila baginda menarik nafas,baginda tidak yakin apakah akan dapat melepaskannya semula.



Hukum Alam (sunnatullah) menetapkan bahawa yang tidak berubah hanyalah PERUBAHAN. oleh kerana itu adalah satu kerja GILA jika kita hendak menyelesaikan 'masalah-masalah' masa depan yang hakikatnya belum berlaku.



JANGAN cuba mengambil 'TEMPAT' ALLAH untuk mengawal semua perubahan kerana yang mampu mengawal semua perubahan hanyalah Dia yang tidak berubah-ubah.



Hikmah mengapa ALLAH merahsia Qada' dan Qadar daripada pengetahuan manusia..agar dengan itu manusia boleh hidup tanpa diganggu sedikit pun pengetahuan tentang masa depan.



seorang manusia walau kuat mana sekali pun, tidak akan mampu menanggung derita masa lalu dicampur beban kebimbangan masa depan, lalu dipikul bersama masalah hari ini....


LIFE MADE IT SIMPLE!


(just wanna share what did i read from majalah solusi).....